Advokasi dan Microsoft Powerpoint

3 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 September 2018 yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas perkongsian modul advokasi dan juga keusahawanan kepada para usahawan dan komuniti Batang Maro. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai keselamatan perbankan dalam talian kepada para usahawan dan para peserta. Perkongsian ini adalah bagi memberi kesedaran kepada mereka mengenai pentingnya keselamatan perbankan dalam talian dimana majority usahawan menggunakan aplikasi perbankan dalam talian untuk meudahkan urusan perniagaan mereka.

Selain itu, mereka juga didedahkan dengan kelebihan rantaian perniagaan. Kebanyakan usahawan masa kini lebih berjaya dengan adanya rantaian perniagaan antara usahawan di mana mereka mampu bersaing dengan lebih sihat untuk memajukan perniagaan masing masing. Jadi, kelas ini mampu menyedarkan mereka bahawa perniagaan yang dijalankan dengan sendiri jauh ketinggalan berbanding mewujudkan rantaian perniagaan di mana keseluruhan rantaian akan mendapat banyak kebaiakan.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali